MAKLUMAT TERKINI

Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat berkaitan pakej tempahan secara berkumpulan

  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show

PENGENALAN

 

SPARK ATV EXTREME ( SAE ) adalah satu organisasi yang menawarkan perkhidmatan jualan dan sewaan produk kenderaan “off-road” seperti ATV, BUGGY, dan MOTOCROSS. Mula ditubuhkan pada tahun 2007 secara kecil-kecilan dengan hanya menawarkan perkhidmatan sewaan kenderaan jenis ATV. Apabila perniagaan secara sewaan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk negerei terengganu & pelancong luar, SAE mula berkembang sedikit demi sedikit sehingga mampu menambah kenderaan tersebut sebanyak 10 unit setiap 6 bulan.

Dengan sambutan yang sangat memberangsangkan ini, SAE telah memulakan operasi di pantai batu buruk dengan menambah sebanyak 20 unit kenderaan jenis ATV 150 iaitu model terbaru memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan utama pelancongan dan aktiviti riadah di Terengganu.

Memandangkan SAE adalah satu-satunya organisasi yang menjalankan perkhidmatan sewaan kenderaan jenis ATV di pantai timur, SAE telah mendapat kerjasama sebuah organisasi lain yang membolehkan kami mendapatkan bekalan kenderaan jenis ATV dengan harga yang lebih rendah memandangkan organisasi ini telah mendapat banyak tempahan untuk membeli kenderaan tersebut. Oleh yang demikian, SAE mampu menawarkan perkhimatan jualan dan sewaan ATV yang terendah dan mendapat sambutan yang tinggi daripada orang ramai seterusnya akan bergiat dengan lebih aktif dan profesional dari masa ke semasa.

Sewaan ATV ini telahpun bergerak aktif di pesisir pantai Batu Buruk, pantai Telok Ketapang dan Kampong Cina (water front), Kuala Terengganu. Aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat memberasangkan.